Wednesday, April 22, 2009







Latar Belakang Sekolah SMKTG







Terbinanya Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang adalah atas cadangan Menteri Pendidikan pada masa itu yang telah mengadakan lawatan rasminya ke Sekolah Rendah Sungai Udang. Beliau berhasrat untuk membina sebuah sekolah menengah di kawasan ini memandangkan bilangan penduduk yang ramai tetapi tiada sekolah menengah.
Cadangan beliau mendapat sambutan yang baik dari para penduduk di sekitar kawasan itu. SMK Telok Gadong, Klang dibuka pada 1 Disember 1991dengan bilangan pelajar seramai 449 orang. Kelas pula sebanyak 9 kelas tingkatan satu dan 3 kelas peralihan. Bilangan guru pula seramai 25 orang.

Encik Mokhtar bin Haji Ahmad telah dilantik secara rasminya sebagai Pengetua, Encik Chong Hock Lim sebagai Guru Penolong Kanan 1. Guru Penolong Hal Ehwal Murid pula dijawat oleh Encik Tung Soon Yu.

No comments:

Post a Comment