Wednesday, April 22, 2009





Maksud Warna Lencana
1. Biru tua bermaksud perpaduan di antara masyarakat SMTG.
2. Biru muda bermaksud ketenangan pelajarnya untuk membina ilmu pengetahuan.
3. Kuning bermaksud pelajar-pelajarnya setia kepada agama, raja, sekolah, negeri dan negara.
4. Hijau bermaksud keharmonian alam sekeliling dan saling bertoleransi di kalangan masyarakatnya.
5. Merah bermaksud keberanian pelajar - pelajarnya mencuba dan berusaha untuk berjaya dalam segala bidang.

Maksud Lambang Sekolah
1. Obor melambangkan semangat yang berkobar - kobar untuk maju dan berjaya dikalangan pelajarnya.
2. Buku bermaksud sumber ilmu yang paling penting.
3. Sayap bermaksud pelajar - pelajarnya sentiasa berusaha dengan gigih untuk berjaya.
4. Bumbung bermaksud sekolah merupakan sebuah gudang ilmu.
5. Bentuk 'V' bermaksud kejayaan pelajar - pelajarnya di dalam segala bidang.






Latar Belakang Sekolah SMKTG







Terbinanya Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang adalah atas cadangan Menteri Pendidikan pada masa itu yang telah mengadakan lawatan rasminya ke Sekolah Rendah Sungai Udang. Beliau berhasrat untuk membina sebuah sekolah menengah di kawasan ini memandangkan bilangan penduduk yang ramai tetapi tiada sekolah menengah.
Cadangan beliau mendapat sambutan yang baik dari para penduduk di sekitar kawasan itu. SMK Telok Gadong, Klang dibuka pada 1 Disember 1991dengan bilangan pelajar seramai 449 orang. Kelas pula sebanyak 9 kelas tingkatan satu dan 3 kelas peralihan. Bilangan guru pula seramai 25 orang.

Encik Mokhtar bin Haji Ahmad telah dilantik secara rasminya sebagai Pengetua, Encik Chong Hock Lim sebagai Guru Penolong Kanan 1. Guru Penolong Hal Ehwal Murid pula dijawat oleh Encik Tung Soon Yu.

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong


VISI SMKTG
SMKTG CEMERLANG 2010

MISI SMKTG

Kami Warga SMKTG Beriltizam untuk merealisasikan Visi kami dengan:
i. Melaksanakan pelbagai strategi ke arah kecermelangan kurikulum dan kokurikulum.
ii. Berusaha menyediakan pelbagai kemudahan bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
iii. Memupuk nilai-nilai murni ke arah melahirkan warga SMKTG yang bersahsiah tinggi.
iv. Mengharmoniskan seluruh input dengan aktiviti sekolah dalam satu sistem yang dinamik, berdaya saing dan progresif.
MATLAMAT SMKTG
i. Membuat perancangan kurikulum dan kokurikulum yang teratur dan kemaskini.ii. “Blue print” yang mengandungi berbagai strategi ke arah kecemerlangan.iii. Berusaha menyediakan kemudahan yang sempurna demi memperkembangkan bakat pelajar-pelajar yang sedia ada.iv. Berusaha mewujudkan suasana iklim sekolah yang baik dan sihat untuk menceriakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.v. Memupuk semua warga sekolah menyayangi sekolah dengan konsep Sekolah Penyayang

PIAGAM SMKTG
i. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.ii. Membimbing pelajar supaya berdisiplin, berakhlak, bekerjasama dan bertanggungjawab.
iii. Mewujudkan budaya penyayang dan persekitaran yang selesa.iv. Mewujudkan komunikasi yang berhemah, mempunyai hala tuju an harmonis

MOTO dan SLOGAN SMKTG
“ILMU MENARA HIDUP”
“KE ARAH TERBAIK - TOWARDS THE BEST”